My Rainbow Dreams

Thursday, January 26, 2012

untuk diri sendiri n smua...hati2 ye..

eka baru terbace kisah ni...
untuk pengajaran kepada gadis2 di luar sane..
jgn mudah terpedaya...


Kisah ini menceritakan seorang gadis yang sentiasa bertukar teman lelaki dan sentiasa melakukan hubungan yang terlarang dengan setiap teman lelakinya. Dan pada suatu hari dia telah terdengar radiodari dalam bilik ibunya yang memperdengarkan ceramah daripada seorang ustaz yang menyatakan “Apabila alat sulit lelaki menyentuh alat sulit wanita secara haram, maka diharamkannya masuk syurga selagi dia tidak bertaubat.”

Mendengar kata-kata ustaz tersebut, hati gadis ini begitu terkesan di dalamnya. Dan sekali lagi dia mendengar kata-kata ustaz itu lagi yang menyatakan bahawa “Jika alat sulit lelaki itu membenam dalam alat sulit wanita secara haram, maka tercabutlah semua amalannya…” Gadis itu begitu menyesal dengan perbuatannya dan ingin bertaubat kepada ALLAH.

Setelah gadis ini bertaubat dan ingin kembali ke pangkal jalan, satu peristiwa hitam telah terjadi kepadanya dan dia menghadapi dengan tabah. Dia di rogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali sewaktu hendak pulang dari kedai ke rumah. Akhirnya dia di hantar oleh ibubapanya ke Kem Modal Insan (KEWAJA).




Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif

    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

munajat1.jpg

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

penghulu.jpg

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

jangan tengok je...huh~!

0 comments:

Post a Comment